Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2025/2026

 



Assalamualaikum semua,

Haa permohonan untuk prasekolah dah buka bermula hari ini. Kanak-kanak warganegara Malaysia dan yang lahir pada 2 Januari 2019 - 15 Januari 2021 sahaja yang boleh membuat permohonan ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dan manual, tetapi ingat tau tarikhnya tak sama.

Dalam Talian: 1 Mac - 30 April 2024 (DAFTAR SINI)
Manual: 1 Mac - 31 Mei 2024

salinan yang diperlukan


Borang yang lengkap serta salinan dokumen perlu dihantar ke sekolah sebelum atau pada 31 Mei 2024.

Ibu bapa jangan lupa daftarkan anak sekolah sekarang.

2024

 


Alhamdulillah akhirnya dapat masuk balik blog ni. Dah lama Wawa cuba untuk masuk tapi tak dapat sebab tak tahu sebabnya kenapa.

Bila dah beberapa kali cuba dan cuba rupanya sebelum ni Wawa tertukar e-mel untuk masuk blog ni 😂

Fuhhh fuhhh penuh habuk dah.

Semoga tahun 2024 ni menjadi tahun yang lebih bermakna buat kita semua dan semoga dipermudahkan urusan kita untuk bertemu dengan bulan ramadan.



JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

Image result for gif assalamualaikum

Lama sudah tak bersiaran dekat blog ni. Hari ni Wawa nak kongsi mengenai jawatan kosong di MAIDAM. Sesiapa sedang mencari kerja, bolehlah mohon jawatan kosong ni TETAPI semak dahulu syarat jawatan tersebut.

Notis Jawatan Kosong

Semak syarat jawatan kosong tersebut di web MAIDAM 👉 SYARAT

Ada jawatan yang memenuhi kriteria? Mohon 👉 MOHON
Kalau tak pernah login web tersebut, daftar dulu 😉

Doakan Wawa diberi kerajinan untuk menulis di blog ni.
Byeeee


Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


DOAKAN, JANGAN MENGATA


Pernah tak apabila kita tengok orang buat kesilapan, hati ni terdetik:

 'Ish dia ni berdosa betul la' 
'Tak tahu tu aurat, kenapa la pergi tunjuk'
'Bila la dia ni nak tutup aurat'
'Eh, tiba² je baik nak solat'

Dan banyak lagi yang biasa kita semua baca di media sosial. Tak lupa komen² negatif apabila ada berita yang kurang enak didengar mahupun dipandang. Komen² yang ibaratkan tukang komen dah pasti masuk syurga dan tiada dosa.

Ingatlah, kita semua manusia yang selalu melakukan kesilapan. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya. 

Jangan sampai hinaan dan kejian kita terhadap orang memakan diri sendiri. Tidak mustahil suatu masa nanti kita diuji seperti tersebut.

Doa itu senjata kita, apa salahnya kita doakan orang lain supaya pintu hati mereka terbuka untuk berubah. Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Terlajak kata memang tak boleh diundur. 

Ayuh kita sama² muhasabah diri sendiri.

Sekian, Assalamualaikum.

#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal




Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul



TAMAT
25/9/2018

Let's Be Beautiful by Ana Suhana


Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Hadiah menarik menanti anda. Klik banner untuk join.

Beauty Giveaway By Mrs Pip



Beauty Giveaway By Mrs Pip

TAMAT 
6/10/2018

Blog Mrs Pip sangat kemas. Pandai Mrs Pip susun segala benda dalam blog. Sedap mata memandang. Loading pun cepat je. Paling best banyak entry menarik.

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow



TAMAT
31 OGOS 2018 
11.59PM

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!


Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!

Selamat Hari Lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Selamat berjaya dalam apa-apa jua bidang diceburi. Aminn

Selamat Hari Merdeka. Sayangi Malaysiaku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image result for merdeka malaysia 2018

Agak lama Wawa tak menulis entri di blog ni. Jarang buka laptop bila cuti sem ni. Hari ni baru mood rajin datang nak berblogging.

Pertamanya Wawa nak ucap Selamat Hari Merdeka Malaysia. Kita semua perlu bersyukur tinggal di Malaysia. Luangkan cuti hari ini dengan aktiviti berfaedah.

Setiap individu perlu mantapkan hubungan dengan semua bangsa. Tidak perlu menghina dan mencaci bangsa lain. Begitu juga perangai suka menghina negeri-negeri di Malaysia ni. Kenapa perlu sesuatu benda dikaitkan dengan sesetengah negeri? Itu semua tidak adil bagi orang lain di negeri yang sama. Sama-sama la kia semua fikirkan.

Okey la memandangkan Wawa baru nak aktif kembali, jemput komen link giveaway/contest yang sedang berlangsung kat bawah. Nanti Wawa join.

Bye semua. Selamat berhujung minggu bersama tersayang.

Mystery Giveaway by Flavnesz


Saat Bahagia Pelajar

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua..

Najwa rasa macam agak lama tak menulis dalam blog ni. Sejak masuk tahun 3 ni agak sibuk sedikit jadi hanya sempat join GA sahaja. Pelajar universiti sekarang berada di ambang peperiksaan akhir semester II bagi sidang 2017/2018. 

Cerita mengenai peperiksaan, Najwa pun dah ada jadual peperiksaan nanti. Memang gembira sangat dengan jadual sem ni. Sebab apa ? Sebab dapat balik awal tau. Sebelum ni selalu je habis periksa dekat-dekat nak raya. 


Dekat atas tu jadual Najwa, last paper 31 Mei 2018. Alhamdulillah ada peluang untuk berpuasa di rumah. Haaa bagi pelajar USM jangan lupa print slip ni dekat Campus Online

Satu lagi saat bahagia Najwa ialah sidang hadapan 2018/2019 merupakan tahun terakhir untuk degree di USM. Sekejap je masa berjalan kan. 

Doakan Najwa dan yang lain dapat jawab periksa dengan baik dan tenang. Semoga kami semua dipermudahkan urusan. Najwa ucapkan selamat berpuasa untuk semua pembaca.

Byeeee sayang semua...

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan



TAMAT
11 JUN 2018

Shuhaidasaad.com 2nd Giveaway




Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures



Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

TAMAT
30 JUNE 2018

Happy Holiday Sis Hawa



Tekan banner untuk join

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveway



Maaf tak boleh cerita pengalaman bersalin sebab belum kawin 😂😂

Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway