KUASAI DIRIMU

“Farisya hari ini termenung lagi. Di sudut kamar,tempat kegemarannya melamun selama ini. Faris,lelaki yg slama ini mngikat wktu dan emosinya. Cntanya bgitu kuat kpd lelaki ini. Farisya tdk blh brbuat apa2,krana Faris blim mnrima cntanya itu.” Apa yg dialami Farisya mgkin bnyk kita temui. Mnjdi linglung, bingung, gelisah, resah, susah, sedih dan perih, brkumpul mnjdi satu akibat cnta yg sdh mnyelaputi jiwa. Apalagi cnta yg trtolak, rasanya lbih mnyayat hati. Tdk bnyk rmaja yg mmpu brtahan saat cntanya trkandas di tngh jalan. Umumnya mreka akn sdih brpnjgn, bahkan ada yg memilih mati di tali raffia, nekad gntung diri di kamar mandi. Mreka bingung, antara mlnjutkan hidup atau mlihat kkasihnya bhagia dgn org lain. Aduh, betapa smpitnya pndgn ini! Kita prlu ingt, bhawa mnusia hidup bkn untk cnta. Tetapi dia hidup untk beribadah, sementara ibadah mmrlukan cnta. Cnta yg dlm kpd Tuhannya. Cnta yg akn mmbuat dia hidup dan hidup lg. Hidup dlm smngt, mnggali potensi untk kpntingan ukhrawi. Hidup kita yg msih pnjg ini mmrlukan pretasi. Gilang-gmilang silih brganti, pretasi yg tdk knl hnti. Tetapi knpa dgn mudah ia hncur gara2 SATU KATA CINTA?

KHAS BUAT SAHABATKU AINUL

Pertama kali aku mngenalimu,
Ku rasakan bhawa diri ini
Bgitu bertuah sekali krna dprtemukan dgnmu…
Ku abadikn puisi ini khas buat shbtku Ainul
Maafkn diri ini andai trlanjur kata dgnmu…
Nmun jauh disudut hatiku…
Diri ini amt mnyayangi dirimu…
Khadiranmu dlm hidupku
Mmbawa 1001 erti…
Yg tdk bisa aku
Rungkaikan satu persatu…
Setiap bait nsihatmu ku jadikan sempadan…
Wlaupun aku tdk selayaknya
Mnjadi shbt baikmu…
Nmun aku sntiasa mndoakan kebahagianmu…
Ya Allah,aku mohon agr shbtku Ainul diberi kerahmatan
Didunia dan akhirat kelak…
Ya Allah,kuatkanlah tali ukhuwah kami…
Kekalknlh prshbtn ini sehngga akhirat abadi…
Amin…

NISA’ YANG GAGAH ADALAH…..

Nisa ’ yg tahan mnerima sbuah khilangan
Nisa’ yg tdk tkut pd kmiskinan
Nisa’ yg tabah mnanggung krinduan setelah ditnggalkan
Nisa’ yg tdk mminta agr dpenuhi sgala keinginan
Nisa’ yg ykin dgn jnji Tuhan bhwa nisa’ yg baik adlh utk lelaki yg baik

Kgagahan seorg nisa’ bknlah kpd pepejal otot bdn,ttpi pd kkuatan prasaan.
Kgagahan nisa’ brdiri diats tguh iman. Sluruh kgagahan yg ada pd Saidatina Khadijah,isteri Rasulullah SAW adlh kgagahan smpurna seorg nisa’.

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA

Puteri…jgn kau bersedih lg
Jgn tngisi khilangan yg seketika ini
Krana khilangan ini ujian buatmu…
Kkosongan ini hakikatnya pnya hikmah yg trsendiri
Puteri…tabahkn hatimu…
Kuatkan jiwamu
Biarpun kau disakiti
Biarpun kau dilukai
Nmun ingt duhai puteriku syg
Inilh pentas khidupan
Mungkin tatkala puteri brsedih
Puteri akn sntiasa mngingati Pencipta
Mungkin dhulu puteri leka
Puteri alpa dgn mainan dunia
Puteri tak ingt nk brgntung pd Ilahi…

Maka Puteri,
Hntikanlh kdukaan ini
Kesatlh mutiara suci yg brtubir dipinggir matamu
Ushlah puteri kenangkan apa yg tlh brlaku…
Basahilah lidahmu dgn zikrullah
Pasakkn mindamu dgn ilmu rabbani
Sinarilh hatimu dgn nur taqwa ilahi
Insya Allah duhai puteriku…
Putik2 muslimah mithali
Psti akn brputik kmbali
Kmbalilah whai puteri…
Kejalan Tuhan Mu yg mnciptakan…

BETUL @ TIDAK???

Sering kuterdengar,
usikan nakal,
si lelaki pd wnita,
FEUWIT,CUNNYA!
buatku keliru sndiri,
apkh ertinya kcntikan wnita,
di mata lelaki?
Adkh pd susuk tubuh yg menggiurkn?
Atau pd akhlak yg menawan?
Biar apapun jawapannya,
Aku tetap aku,
Apa yg ku tahu,
Aku seorg wnita,
Fitrahku sukakan diri cntik jelita,
Nmun bkn kcntikan di mata mnusia,
Sebaliknya,
Ku mencari kcntikan yg diiktiraf Tuhan.

RENUNG2KN

Hidup ni susah kita nk duga..kdg2 kita dkt sgt dgn ssorg tu,tp sbnrnya jauh...wlaupun kita dpt capai & genggam tgn dia,tp blum tntu hati dia kita dpt selami...mgkin kdg2 kita dpt tgk dia ktawa,tp kita x thu apa mkna disebalik snyumannya...bila dia menangis,kita ingt khadiran kita dpt mmujuknya,walhal...khadiran kita lgsung x di senangi.. rencah dunia,kita xkn thu siapa kwn & siapa lwn shinggalah smpai masa kita jtuh..adkh tgn itu mghlurkan bntuan @ kita akn dtinggalkn...

SAHABATKU

Teman,aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid,rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih,menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.

BERITAHU PADA MUSLIMAH

Beritahu pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca,
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku,
harga diri letaknya disitu,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis malu,
kerana malu itu,
sebahagian dari iman.

BIDADARI

Aku juga seorang perempuan,
Punyai impian,
Anggun dibalut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan.

Kuingin bermadah puisi,
Bersyair dan menyanyi,
Lincah menari,
Menghibur dan menyeri.

Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemahsyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan.

Kuingin kemuliaan abadi,
Kemahsyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Illahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di Taman Syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari.