Lama menyepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya agak lama juga blog ni tak update. Sekarang Wawa busy dengan final exam sem 1. Jadi selepas habis final exam ni la baru Wawa kembali aktif update blog dan join ga. Wawa sem 1 ni ad 4 kertas untuk exam. Sekarang dah lepas 1 paper ( LKM 400) . Tinggal lagi 3 papers ( LMT100 , MAT181 , MAT100 ). Doakan Wawa dapat jawab semua paper ini dengan tenang tau :).

 

Sekarang famous dengan gambar kat atas ni. Wawa pun termasuk dalam golongan tersebut. Final exam degree dah start. Tinggal countdown nak tinggal zaman belasan tahun je . Haha . Rasa macam sekejap je umur ni meningkat kan. Dulu baru je rasa alam sekolah, sekarang dah alam universiti. Doakan juga Wawa dapat habiskan degree ni dengan cemerlang ye. 2019 baru grad . Lambat lagi tetapi masa bergerak dengan cepat. 

Okeylah semua. Wawa doakan semua kawan Wawa yang exam final dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan. Ingat tau jangan meniru, nanti tiada keberkatan. Selamat malam semua. Tata :)