Kenapa pilih USM ? Bukan UTM ?

Assalamualaikum

Lepas entry Wawa pasal pilih USM tu ad 2 org blogger tanya kenapa pilih Usm ?


Sebenarnya dari kat matrik lg Wawa simpan hasrat nak masuk usm. Bila dah boleh mohon usm, Wawa terus beli no pin yang RM40 tu. Maklumlah sekarang Usm & Um bukan bawah Upu lagi. Alhamdulillah rezeki Wawa dpt Usm & Utm. Bagi Wawa , belajar kat u mana-mana pun sama je. Terpulang kpda individu itu sendiri. 

Wawa kena ambik berat jgak masa nak pilih antara Usm dengan Utm. 

1. Kos .
Pasal kos Wawa tak pyh pening nak buat pemilihan sebab dapat kos yang sama iaitu kos math.

2. Jarak .
Jarak Wawa tak kesah mana sebab kalau nak u yang dekat dgn rumah better buat u sendiri kat depan          rumah kan ? hehe

3. Yuran 
Yuran Usm murah sikit dri Utm. Wawa sendiri tak pasti kenapa. Yuran Usm RM1355 tak termasuk asrama. Yuran Utm dekat 3K. Yang tu Wawa tak pasti termasuk asrama atau tak.

Itu antara sebab Wawa pilih Usm . Tapi yang paling penting Wawa tahu doa family termakbul sebab dari matrik family doakan Wawa dapat Usm. Sekarang dah dpt , jadi Wawa bersyukur sangat. Lagipun dulu dh berkorban RM40 untuk beli no pin. Kalau tak terima rasa sia-sia je beli no pin. Itu je dari Wawa.

Pesanan ikhlas : 
  • Bagi Wawa belajar kat mana pun sama je. Jadi student stpm, stam, diploma, matrik. asasi dan semua pelajar kemahiran jgn rendah diri
  • Kalau semua masuk u, sape nak masuk kemahiran ? Kalau semua masuk kemahiran, sape nak masuk u ?
  • Begitu jugak dengan yg lain-lain
  • Kalau belajar kat Top 10 universiti tapi tak belajar betul-betul pun tak ada guna kan ?
Sekian sahaja :) Salam jumaat

Result UPU

Assalamualaikum

Hari ni topik result upu sangat hangat. Haha yela semua excited. Wawa nak ucapkan tahniah kpd yang dpt sambung belajar. Bagi yg tak dpt tu jangan sedih, buat la rayuran. Jadi Wawa nak kongsi la Wawa dapat mana. Alhamdulillah Wawa dapat USM & UTM. Wawa pilih USM....Jom share result masing-masing.



Result UPU keluar esok guys !!!

Assalamualaikum

Mesti pelajar lepasan STPM/MATRIK/ASASI tengah cuak dan berdebar. Confirm ada yang tak boleh tidur malam ni sebab risau dengan result esok kan. Huhu relax semua relax. Wawa bukan apa, cuma tak sabar nak tahu. Yela dah lama mereput dekat rumah ni bimbang otak jadi berkarat. So yang mohon UM,UPU dan USM, anda ada kemungkinan akan dapat ketiga-tiganya. Masa tu buat la keputusan yang terbaik dan bijak. Klik gambar untuk ke web di bawah.

1. UPU 


2. UM


SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI MALAYA SESI 2015/2016
Makluman kepada pelajar yang membuat permohonan bagi kemasukan ke Universiti Malaya untuk sesi akademik 2015/2016, keputusan permohonan boleh disemak mulai 11 Ogos 2015 bermula jam 12.00 tengah hari di laman web :
https://myum-id.um.edu.my/site/indexPelajar dinasihatkan untuk peka dengan tarikh semakan dan membuat pengesahan kemasukan sebelum 22 Ogos 2015 (Jam 12.00 tengah malam). Semakan keputusan dan pengesahan hanya boleh dibuat dalam tempoh masa 12 hari sahaja.
Semoga berjaya dan diharapkan akan ada berita baik yang menyusul. Kita jumpa di Minggu Haluansiswa nanti.
Untuk perhatian pelajar juga,
Semakan keputusan kemasukan ke IPTA lain bagi sesi akademik 2015/2016 untuk calon lepasan STPM/Setaraf melalui permohonan UPU juga boleh disemak mulai 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015 jam 4 PM di laman web :
http://upu.mohe.gov.my/web/pendaratan.php‪#‎IntegrasiMahasiswaKecemerlanganNegara‬‪#‎MHSUM‬‪#‎UMisOne‬

3. USM

Bakal Mahasiswa USM Sidang Akademik 2015/2016



Assalamualaikum

Korang yang lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma yang akan sambung degree pasti sedang tunggu result UPU, USM, UM dan lain-lain kan ? Bagi korang yang mohon USM boleh la join group kat facebook. Ramai senior kat situ dan anda boleh la tanya soalan yang anda nak tanya selama ini. Jangan risau semua senior baik-baik. Wawa pun join group tu. Memang la kita tak tahu sama ada dapat USM atau tak tapi at least dpt la ilmu kan. 



Kalau nak join group facebook boleh click SINI

Nama Group Whatsapp yang paling WIN !



tamat 12/8/2015

Ada 3 group rare yang wawa nak share.


Yang ni group masa darjah 6. Tak sangka boleh buat group ni dan kumpul kawan2 satu kelas dulu. Wawa darjah 6 masa tahun 2008. Group ni ada 27 ahli tau. Kelas kami ada 31 org sepatutnya.


The lightning frog ni group geng2 masa sekolah menengah. Diorang memang sporting sebab Wawa masuk SMK Paka masa form 4. Wawa sendiri tak tahu kenapa nama macam tu.. hahaha maybe sebab kami suka bising dlm group malam2. Kalau 4 orang chat boleh kumpul banyak notifications.


Okey group ni namanya Queen Of 1996. hEHE xnampak kan sebab nama panjang sangat. Memang rare sebab kami sama umur dan sama jantina. No boys allowed! Group ni tubuh pada tahun 2014. Mula-mula kami kenal dalam group wchat budak 1996 sebelum SPM lagi. Bila rasa nak bebas sebab nak karok dan voice note, kami buat la group asing. Memang enjoy la group ni. Kami akan share semua cerita tau, tiada rahsia antara kami. Group ni ada 13 org ahli je. Kami memang rapat. Doakan kami supaya dapat jumpa face to face nanti. Wawa hanya pernah jmpa sorang je sebab dpt bljr kat matrik sama dulu.



Rania Turn's 1 GiveAway!



5.8.2015 hingga 15.8.2015 11:59 malam

GIVEAWAY BIRTHDAY MUM&SISTER |TENGKUBUTANG


Belajar melukis guna nombor asas

Assalamualaikum

Tadi jumpa kat fb cara melukis guna nombor asas, jadi Wawa try dan kat bawah ni hasilnya. Nampak kelakar je.













Senggugut ??

Assalamualaikum

Malam ni Wawa nak share sikit pasal senggugut. Mesti ramai wanita kat luar sana yang selalu senggugut kan ? Uish sakit betul. Orang yang tak pernah rasa senggugut sangat beruntung. Masa senggugut tu memang bad mood habis dan semua benda jadi tak kena. Wawa ialah salah seorangnya. 

Apa yang korang buat untuk atasi senggugut ? Jangan makan ubat tahan senggugut tau, bahaya untuk kesihatan. Wawa biasa tuam dgn air suam kat bahagian ari-ari. Lain orang lain cara. Senggugut ni apa yang Wawa tahu dari Tc Biologi, darah yang nak keluar tu beku. Bila darah beku nak kuar kat tempat sempit tu susah, tu yang jadi sakit. Laluan nak keluar sempit. Jadi bila tuam dgn air suam, darah tu akan slow-slow jadi cair dan tak sakit la bila keluar. Sepanjang senggugut Wawa mmg amalkan tuam ni. Alhamdulillah setakat ni berjaya.



Ni la botol air yang Wawa guna untuk letak air suam tu. 

Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015



Blog saya mengenai perkongsian pengalaman seperti interview ipg,belajar di matrik dan lain2. Terdapat juga mengenai pandangan dan kisah hidup.