Assalamualaikum
Malam ni Wawa nak review novel yg bertajuk seperti tertera. Sebenarnya Wawa beli novel ni random je sebab nak habiskan baucer buku. Mula-mula takut nak baca sebab Wawa takut sikit benda seram-seram ni. Hehe..
Beliau adalah penulis novel, aktivis sejarah dan aktivis masyarakat untuk NGO The Patriots itu sendiri.
Wawa kagum dengan penulis ni tau...
Kisah ni mengenai pemburu hantu. Seri Wangi & Alang Saidi merupakan ayah serta ibu kepada pasangan kembar Badruz Zaman & Citra Adra. Mereka ni kacukan manusia-bunian. Dilahirkan di Kampung Perebah iaitu alam bunian. Seri Wangi meninggal setelah melahirkan pasangan kembar itu. Pasangan kembar itu dihanyutkan ke dalam sungai untuk dihantar ke alam manusia melalui relung demi keselamatan mereka. Citra pelajar di Universiti Tun Dr.Mahathir dalam ijazah undang-undang, manakala Bad wartawan separuh masa untuk sebuah majalah seram terkenal di Eurasia, iaitu Majalah Entiti.
Banyak peristiwa kembar ini lalui dalam hidup untuk mencari relung yang boleh menghantar mereka ke alam bunian. Mereka mempunyai banyak kelebihan yang manusia lain tidak ada. Contohnya, Citra boleh melihat makhluk halus dengan menggunakan matanya. Matanya akan bertukar menjadi warna putih dan darah akan mengalir macam air mata dari matanya. Mereka juga dikatakan merupakan keturunan Hang Tuah. Banyak nyawa yang hilang dalam aktiviti memburu hantu. Mereka yang memburu hantu biasanya akan dipanggil apabila terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis mahupun bomoh atau ustaz.
Semua makhluk halus mengenali pasangan kembar itu. Mereka jugalah dalang yang menyebabkan kedua-dua orang tua Citra dan Bad menemui ajal. Mereka banyak menyiasat tentang kehilangan orang yang melibatkan makhluk halus itu. Kembar itu sebenarnya mahu masuk ke alam bunian demi mancari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka. Hanya diari ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil relung dengan tempat seram.
Mereka perlu mencari tempat seram untuk membuka relung agar dapat ke alam bunian. Percubaan pertama mereka tercampak ke zaman kesultanan melaka. Citra sebagai Tun Teja kerana dia merupakan keturunan itu. Penulis ni juga ceritakan peristiwa Hang Jebat yang membunuh rakyat kerana ingin membela kematian Hang Tuah. Melalui zaman itu, Citra dan Bad belajar ilmu silat. Nak tahu lebih lanjut kena lah baca novel ni...hehehe...
Apabila baca novel ni, memang tak puas selagi tak habis sebenarnya. Cerita ni semakin kita baca semakin kita rasa ingin tahu. Tahniah kepada penulis sebab berjaya terapkan nilai sejarah dalam novel ni. Berguna kepada orang yang tak minat sejarah macam Wawa. Sekurang-kurangnya Wawa dapat input. Itu sahaja nak share...Cerita ni panjang sangat, ada 670 muka surat & brharga RM28.