PERKAHWINAN yang diatur
oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala,
apabila mengetahui siapa calon yang disebut mummynya,
Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kamping tu…mummy jangan paksa Ash!” – Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan Abang Ash!” – Ainnur .
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu
merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada
sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai
kau kena ke bandar nak cari calon suami?” – Ashraf
Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik
darah.
Benarlah kata
orang, kerana pulut santan binasa…kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa.
Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’
diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tuning.” – Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang
diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa
sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada
‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa
menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you
been thinking doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang
bodoh?” – Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur
tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur
dengan helahnya.
Kesudahannya…
Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati
ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
No comments:
Post a Comment