Assalamualaikum & salam sejahtera
Malam ni wawa nk cite pasal keluarga. Setiap org ad keluarga, xkira la keluarga kandung mahupun keluarga angkat right ? Semua pasti menginginkan keluarga yang bahagia. Namun bg yg tdk dpt merasa keluarga bahagia tu jgn sedih. LA TAHZAN. Ini semua ad hikmah. Anggaplah semua tu ad hikmah.
Kdg2 kita seringkali mmpersoalkan apa yg berlaku.
" Aku xtahan dgn family "
" Fmly aku kucar kacir "
" Ayah aku mcm ni mcm ni "
" Mak aku mcm ni mcm ni "
Ini sedikit sebanyak contoh yg blh wawa bg. Kita juga perlu muhasabah diri. Fikir kembali bhwa ini semua pasti ad hikmahnya.
Allah tidak akan menguji hambanya melainkan hambanya itu mampu menempuhinya. Allah yang mencipta kita jadi layaklah Allah mengetahui setakat mana kemampuan kita.
Setiap yang berlaku itu pasti ad hikmahnya. Kita perlu berfikiran positif dengan Allah. Kita tak dpt keluarga bahagia, keluarga kucar-kacir & sebagainya tu ad hikmah. Mungkin apabila kita mmpunyai keluarga yang sempurna & bahagia, kita akan menjadi bangga & riak dengan kawan-kawan yang tidak mmpunyai keluarga.
Kita sebagai anak perlu berdoa supaya Allah membuka pintu hati mereka untuk berubah. Jangan putus asa kerana Allah itu Maha Mendengar. Allah rindukan hambanya. Ingatlah, seteruk mana pun family kita, mereka tetap darah daging kita. Bersabarlah kerana sabar itu indah. Jangan lupa doakan mereka setiap kali selepas solat. Jagalah mereka kelak sebagaimana mereka menjaga & merawat kita di waktu kecil.
Balaslah budi mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Gembirakan mereka dengan attitude kita. Kita tdk pandai sekalipun dalam pelajaran tdk mengapa, sejukkan mata mereka dengan perangai yg elok. Tidak pandai dalam pelajaran bukan bermaksud kita gagal dalam kehidupan.
Sekian sahaja, semoga pembaca sekalian menjadi anak yang soleh & solehah. InsyaAllah Aminnnn...
Keluarga Bahagia |
1 comment:
Nice entry..saya datang singgah :)
Post a Comment