Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Hari ni 16 Mei ialah hari guru. Smua orang mempunyai guru kan ? Tahukah anda siapakah guru yang terbaik untuk kita ? Haa... guru yang terbaik untuk kita ialah mak ayah kita. Daripada kecil mereka mengajar dan mendidik kita. Lepas itu baru lah kita melangkah ke alam persekolahan. Najwa nak kongsi la sikit sekolah2 yang Najwa pernah menuntut ilmu.

2001-2002 Tadika Kemas Paka
2003-2008 Sekolah Kebangsaan Paka
2009-2012 Smaasza Kuala Terengganu
2012-2013 SMK Paka
2014-2015 KMPh

Terima kasih Najwa ucapkan kpda guru2 yang telah mengajar Najwa sehingga Najwa sekarang dapat menjadi orang yang berguna. Jasamu tidak dapat kubalas dengan apa2 pun. Semoga guruku dirahmati dan diredhai oleh Allah. 

Gambar dengan Cikgu Sabariah. Guru kelas 5 Amanah 2013

Sambutan Hari Raya SMK Paka 2013. Cikgu Sabariah & Ustazah Maznah

Gambar dengan Sir Shah. Sem 2 KMPh

Puan Anita, lecturer dinamika. Sem 1 KMPh

Miss Nages, lecturer Fizik

Madam Aida, lecturer Sn Kmputer dengan pelajar perempuan

Madam Aida, lecturer Sn Kmputer dengan pelajar lelaki

Madam Shakila, lecturer Sn Kmputer

Banyak lagi gambar tapi setakat ini saja untuk entry hari ini.

Gambar Kenangan Kelas

Assalamualaikum semua :)

Hari ni Najwa nak cerita pasal gambar kenangan kelas. Gambar kenangan kelas tu Najwa yang edit sendiri sebab ada kawan cadangkan. Najwa memang minat bab2 edit ni.

Sebelum edit


 
Selepas edit





Gambar 1 ni Najwa edit untuk letak dalam frame gambar. Frame tu sebagai pertukaran hadiah masa jamuan kelas kami. Gambar ni asalnya background kat tasik KMPh tapi tak mnarik sebab tu Najwa tukar background.

Sebelum edit




Selepas edit
Gambar kedua ni plak gambar bersama Sir Shah yang comel. Korang perasan tak mana lecturer tu ? Tu... yang tgh tu. Kecik molek tuannya. Sir ni ajar Matematik kelas kami daripada Sem 1 sampai Sem 2. Najwa memang suka lepak kat cubical Sir Shah. 

Sebelum edit


Selepas edit

Gambar ketiga ni gambar dengan budak2 kelas 2M2S15. Kami terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan tetapi dalam gambar ni tak cukup lelaki 2 orang. Diorang tak datang masa ni. Gambar ni Sir Shah yang tolong ambikkan.

Selfie with caption

Gambar yang terakhir ni Najwa edit untuk masuk pertandingan yang dianjurkan masa minggu English Day. Yang Najwa tak sangka apabila dapat mesej daripada Lecturer English. Lecturer tu cakap tahniah sebab gambar yang Najwa masuk ni dapat tempat ketiga. Hadiahnya adalah monopod. Hahaha 

Sekian sahaja. Tata semua pembaca <3

Pengalaman MPPB 14/15 KMPh

Assalamualaikum

Tahniah Najwa ucapkan kpd adik2 yg dpt KMPh. Hari ni nak cerita pasal pengalaman  MPPB. Dulu akak dftar 25.5.2014 kat KMPh. Ad je yang dtg 24.5.2015 tu. Jgn risau sebab masa tu lecturer & fasi dah ada. Sebelum dtg tu pastikan semua brg keperluan dah siap, nanti kalau tertinggal susah plak kan. Mengenai persiapan akak sebelum daftar boleh baca kat SINI . Mungkin ad perubahan dengan batch korang. Masa akak diorg nak guna bank ISLAM tapi masa belajar tu tiba2 diorg tukar jdi bank BSN. korang baca la borang2 yang dah print tu.


Pagar KMPh
Laluan ke Dewan Kuliah
Akak bertolak pagi dan ambik masa 2 jam nak smpai sbb akak tinggal kat Paka. Bila smpai kat pintu masuk, jumpa la pondok guard. Kalau perasan, sebelah kanan tu korang akan nampak ad 2 mesin ATM. Haa...kat situ la korang nak ambik duit. Kena berjalan la dari blok. Nanti akan ad yg bertugas jaga sepanjang laluan dlm matrik. Diorg akan tunjuk arah untuk memudahkan parents yang datang. Akak dulu dah dftar online ( better dftr online untuk mudah ) . Dtg je terus cari blok. Nanti ad fasi yang tunjuk arah nak gi mana2. Sampai blok akak pergi ambik kunci, tunjuk la borang2 yang bawak tu. Slip bayaran yuran penting tau. Lepas tu, akak pergi ambik barang yang matrik bg . Akak dapat beg galas tepi, buku nota, pen, keychain , tudung bawal ( pljr prmpuan ) , tali tie ( pljr lelaki ) , baju t-shirt berkolar ad 2 pasang. 


Dewan Kuliah Besar 


Surau a.k.a masjid KMPh

Dah selesai semua tu baru la bawak barang2 naik bilik. Parents boleh je naik kat bilik sebab ni first time korang daftar. Nanti parents ad taklimat jadi korang boleh ambik masa tu kenal2 dgn roommate.  Nanti ad announce la untuk bg arahan nak gi mana2. Biasa kita akan kumpul kat Dewan Mat Kilau ( DMK ). Dewan ni depan blok C1 je. Setiap blok ad akak & abg fasi yang akan jaga. *akak jdi fasi MPPB 15/16 ... Bangun pagi2 awal tau. Ada qiam kat surau. Sebelum gerak pergi mana2 korang akan berkumpul ikut blok n bilik. Sila patuhi masa. Masa MPPB ni tudung tu pakai tudung biasa2 je la. Nanti kalau belit2 lambat plak. Akak n fasi akan guide korang sepanjang MPPB ni. Kalau ada benda tak tahu tnya je diorang.

Memang MPPB korang akan rasa penat sikit. Tapi tahan la sebab 1 minggu tu je korang penat. Nanti korang akan tahu dapat modul apa dan kelas mana. Kat matrik kita tak panggil warden mcm kat sklh. Kita panggil felo. Setiap blok ada felo masing2. Rumahnya dekat bawah blok masing2. Sepanjang MPPB benda sama je yang korang lakukan. Korang akan rasa best tau. Ad senamrobik. Nanti akan ad jugak Program Mentor Mentee. Nama biasanya akan ditampal dekat board blok masing2.

Akak dah tak tahu nak cerita apa. Kalau ad apa2 yang nak tanya boleh tanya kat fb akak. Tekan je icon fb kat sebelah kanan blok. In shaa Allah akak bantu. Akak doakan kalian berjaya . Selamat Maju Jaya. :)

Korang boleh jugak baca cerita lain 

New Life at KMPh
Cuti Sem 1 
Best ke Matrikulasi
Apa itu MUET
Berakhirnya Matrikulasi 

Berakhirnya Program Matrikulasi 2014/2015

Assalamualaikum

Semalam, 28.4.2015 secara rasminya Najwa menamatkan program matrikulasi di KMPh. Terlalu bnyak kenangan yang tak dpt dilupakan walaupun hanya 10 bulan di sana. Sedih untuk meninggalkan bumi KMPh yang banyak kenangan. Namun kita semua tahu bahawa setiap pertemuan pasti ad perpisahan.


Gambar dengan Ain, roommate yg sngat baik. Seorang yang kelakar & jgk cute. Semoga kita dapat berjumpa lg nanti. Gonna miss u Ain :(

Benda paling tak sangka yang Najwa akan buat ialah join KMPh Got Talent 



Kenangan bersama lecturer


Madam Aida, lecturer sn kmputer praktikal sem 1


Sir Shah, lecturer math tutorial sem 1 & sem 2


Miss Nages, lecturer physics tutorial sem 1 & sem 2


Puan Anita, lecturer dinamika sem 1


Classmate lelaki bersama Madam Aida

Kenangan bersama classmate








Sebenarnya banyak lagi gambar. In shaa Allah ada masa nanti Najwa buat video. Yang penting study kat matrik best sangat2... enjoy it..

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

http://wanhanisahwanmat.blogspot.com/2015/04/jom-follow-blog-nisa-segmen-blogwalking.html 

tamat 15 mei 2015

Saya Nak Menang Tudung Instant/Inner Neck Naazreen Faiqa By Neenaanuar

  

Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!
Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!
Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-

- Tidak perlu digosok
- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)
- potongannya labuh menutupi dada
- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur 
 
 Ucapan Untuk Kak Neen

Wawa ucapkan happy belated birthday untuk akak. Semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

8/5/2015 - 15/5/2015

Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina


http://anilwanina.blogspot.com/2015/05/segmen-mothers-day-giveaway-by-anil.html

Segmen Cash by Inani Hazwani


http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/05/segmen-cash-by-inani-hazwani.html 

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog :


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

Kemalangan di Duke

Assalamualaikum


Semua sedia maklum tentang kemalangan di Duke pada 2 Mei 2015. Sangat menyayat hati apabila dua puteri menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Mereka masih dahagakan kasih sayang ibu bapa mereka. Menitis air mata saat menonton video tangisan sayu anak sulungnya di SINI. Sebagai seorang manusia yang masih mempunyai nilai kemanusiaan kita akan tersentuh dengan kemalangan ini. Pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan 3 nyawa tergadai. Mungkin sudah ditakdirkan kemalangan itu berlaku tetapi ketahuilah bahawa kita perlu berusaha untuk mengelaknya. Orang yang tidak bersalah pula terkorban. Wahai pengguna jalan raya sekalian, memandulah dengan cermat. Kasihanilah anak-anak mangsa yang masih kecil ini. Si kakak mungkin mengerti keadaan ini tapi adiknya yang kecil tidak mengerti apa-apa. Bagaimanakah dia akan menjawab jika adiknya bertanya tentang ibu bapanya ? Akak doakan adik berdua tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah merahmatimu. Semoga mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Semakan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2015/2016

Assalamualaikum

Memandangkan result matrikulasi dh nak kuar, akak doakan adik2 yg teringin nak masuk matrik tu berjaya...
Nnti kalau dh jejakkan kaki kat matrik, belajarlah rajin2. Cari kawan yg elok akhlaknya supaya kita juga terikut. All the best.


Msti ad yg tertanya-tanya best ke matrik kan ? Blh bce sini > Matrik Best <