Assalamualaikum
Semua sedia maklum tentang kemalangan di Duke pada 2 Mei 2015. Sangat menyayat hati apabila dua puteri menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Mereka masih dahagakan kasih sayang ibu bapa mereka. Menitis air mata saat menonton video tangisan sayu anak sulungnya di SINI. Sebagai seorang manusia yang masih mempunyai nilai kemanusiaan kita akan tersentuh dengan kemalangan ini. Pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan 3 nyawa tergadai. Mungkin sudah ditakdirkan kemalangan itu berlaku tetapi ketahuilah bahawa kita perlu berusaha untuk mengelaknya. Orang yang tidak bersalah pula terkorban. Wahai pengguna jalan raya sekalian, memandulah dengan cermat. Kasihanilah anak-anak mangsa yang masih kecil ini. Si kakak mungkin mengerti keadaan ini tapi adiknya yang kecil tidak mengerti apa-apa. Bagaimanakah dia akan menjawab jika adiknya bertanya tentang ibu bapanya ? Akak doakan adik berdua tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah merahmatimu. Semoga mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment