Cik Purple Sudah kembali!!!

Assalamualaikum

Selamat malam kepada semua pembaca sekalian. Huh sudah berhabuk nampaknya blog ni, maklumlah Wawa sibuk dengan belajar. Wawa sekarang pelajar tahun satu USM untuk degree dan kalau korang nak tahu, Wawa degree pure math. Minggu lepas Wawa sibuk dengan Program Pimpin Siswa Lestari pada hujung minggu. Di kesempatan yang ada ni, Wawa nak kongsi cerita dengan korang semua :)

21 September 2015 hari tu Wawa ada pergi temuduga untuk pencarian exco dan pembantu exco sekretariat rakan integriti mahasisiwa usm ( SRIM USM ). Akak yang temuduga Wawa tu pilih exco multimedia dan publisiti untuk tanya Wawa. Alhamdulillah Wawa dapat jawab dengan yakin. Wawa sekarang berjaya menjadi exco multimedia dan publisiti. 

Sebenarnya Wawa tak suka pergi temuduga tetapi entah kenapa gerak hati Wawa seperti menyuruh Wawa pergi temuduga tu. Lama jugak Wawa tunggu giliran untuk di temuduga oleh majlis tertinggi SRIM USM tu. 1 kali temudga tu ambil masa dalam 30 minit macam tu. Wawa yang tunggu kat luar dah mengantuk tau. 


Kat atas ni gambar Majlis Tertinggi dan exco. Kami sekarang dah jadi satu keluarga yang bahagia. Susah senang kami bersama. Oh lupa pulak... mesti korang tertanya-tanya apakah itu integriti. Bagi Wawa la, integriti ni segala perbuatan dan amalan baik yang kita lakukan . Contohnya, kita bekerja di pejabat. Kita guna telefon pejabat tu untuk keperluan peribadi. Ini contoh sikap yang tidak berintegriti. Wawa rasa setakat ni dulu coretan buat kali ini. Esok ada kelas guysss. 

Jangan lupa like page kami Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM
Follow instagram kami @SRIMUSM

1 comment:

A Special Story About Me said...

Tahniah wawa....dah bergelar siswazah sekarang...
Belajar rajin-rajin taw...