Guru Tuisyen

Assalamualaikum dan selamat malam

Agak lama Wawa tak update blog ni. Maklumlah sibuk sangat akhir-akhir ni. Hari tu Wawa ada la bagi nama untuk jadi guru tuisyen dekat Flat Hamna yang berdekatan dengan universiti Wawa. Jadi guru tuisyen ni secara sukarelawan, tiada bayaran yuran yang kami kenakan kepada anak-anak penghuni flat hamna. Tempat kami mengajar mereka ialah di Surau Al-Hafiz Flat Hamna tu. 

Pihak yang buat tuisyen ni ialah PMIUSM. Tujuannya adalah untuk membantu anak-anak di situ menyiapkan kerja sekolah dan mengajar modul yang telah disediakan. Pelajar terdiri daripada darjah 1 sehingga tingkatan 5. Terdapat juga adik yang berusia 5 tahun tau :).

Input yang Wawa dapat selepas kali pertama ajar mereka ialah mengajar kita bahawa menjadi pendidik ni bukan senang. Kita kena banyak sabar sebab kadang-kadang apabila mereka panggil "cikgu cikgu" tu sebenarnya mereka nak perhatian. Apabila dah pergi dekat mereka, senyaplah.

Minggu lepas Wawa ajar seorang adik ni. Dia lambat dalam membaca. Jadi Wawa ajar dia sebut suku kata yang panjang-panjang. Melalui pemerhatian Wawa, adik tu ada semangat dan keinginan untuk belajar. Jadi minggu ni Wawa tengah fikir nak print bahan untuk mengajar dia suku kata.

Korang ada tak link yang ad BBM untuk bantu adik ni. Wawa nak print dan nak buku kan bagi kat adik tu. Itu sahaja dari Wawa. Selamat malam guys.

1 comment:

Madam N said...

bagus cik purple ni..huhu jarang org nak volunteer ajar tusyen