Assalamualaikum & selamat malam semua...
Malam ni Wawa nak cite pasal baju raya. Awal-awal hari tu dah siap beli kain pasang nak tempah jahit. Hantar kat tukang jahit tu, tukang jahit cakap kain tu tak cukup 4 meter. Geram tu ada la sebab yang jual kain tu cakap 4 meter. Sedih sangat sebab kain yang Wawa pilih tu cantik sangat. :(
Bersyukur sangat sebab hantar kain tu awal. Sekurang-kurangnya tahu la problem tu & bukan last minute. Lepas tu Wawa pun cakap kat mak , ' tak pe lah mak...beli online je la...terpaksa la ' . Mak cakap terpulang la. Tup-tup Wawa cari la baju kurung kat ig. Keluar la Baju Kurung Najwa. Haha.. excited masa tu & beli la.
Ni la sebijik baju yang Wawa pilih...hehe
Kongsi la cerita korang...
3 comments:
jangan lupa join giveaway wawa. banyak hadiah menarik menanti!! 6 HARI LAGI TINGGAL SEBELUM GIVEAWAY TAMAT!
http://wawaabdulhadi.blogspot.my/2016/06/ramadhan-kareem-giveaway-2016.html
comelnya kurung najwa tu..
cantik wawa baju kurung najwa tu..berkenan juga
Post a Comment