Keputusan PSPM 1 Matrikulasi 2016/2017


Assalamualaikum & salam sejahtera

Semua sedia maklum hari ini merupakan hari keluarkan keputusan PSPM 1 bagi pelajar matrikulasi. Pelajar akan menerima keputusan mereka pada hari ini di matrikulasi masing-masing. Masa pembahagaian keputusan bergantung kepada setiap matrikulasi. Mesti semua berdebar kan ? 

Memandangkan Wawa ex-kmph 14/15, jadi Wawa kongsikan cara semak keputusan secara online bagi KMPh sahaja kerana Wawa tak tahu matrikulasi lain macam mana ye :)

Korang boleh pergi SINI , nanti akan keluar macam gambar kat bawah ni.


Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan (no matrik)


Wawa doakan semua pelajar matrikulasi mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang dah tahu keputusan, tahniah diucapkan. Andai keputusan anda cemerlang, ucaplah alhamdulillah dan jangan riak. Andai sebaliknya, jangan putus asa dan anggaplah keputusan itu sebagai pembakar semangat. Usaha lebih lagi untuk PSPM II.

Pembakar semangat korang --> baca sini .

Kalau nak mintak pendapat/nasihat dari Wawa jangan segan silu contact Wawa di Fb/Email.

Terima kasih dan selamat maju jaya.

No comments: