Okey sekarang Wawa nak join contest minggu pertama. Sebelum Wawa jawab soalan, Wawa nak bagitahu berita menarik.
Lazada mengadakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale di http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ bermula 19 Mei sehingga 30 Jun. Anda boleh dapatkan special discounts up to 90%!.
Lazada mengadakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale di http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ bermula 19 Mei sehingga 30 Jun. Anda boleh dapatkan special discounts up to 90%!.
Soalannya macam ni :
Theme: Delicious Ramadhan
a. What are your favorite Iftar dishes?
b. Share the recipes of the dishes
c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes?
Jadi Wawa akan jawab soalan ini dengan menggunakan Bahasa Melayu je.
a. What are your favorite Iftar dishes?
Gulai Ayam
b. Share the recipes of the dishes
BAHAN-BAHAN
– 1 ekor ayam dipotong kecil
– 125ml santan pekat
– 3 sudu rempah gulai
– 3 sudu besar cili kisar
– 2 sudu besar kerisik
– 20 ml air asam jawa
– 3 biji kentang – belah empat
– Garam, gula, gula melaka secukup rasa
– Air secukupnya
Bahan Kisar
– 4 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 1 cm halia
– 1 cm lengkuas
– 1 cm kunyit hidup
Bahan Tumis
– 1 batang kulit kayu manis
– 3 kuntum bunga cengkih
– 3 kuntum bunga lawang
– 3 biji buah pelaga
CARA-CARA
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis serta cili kisar. Tumis hingga naik bau serta garing.
2. Setelah garing, masukkan rempah kari yang dicampur sedikit air. Masukkan juga bahan kisar, kacau rata hingga naik minyaknya.
3. Selepas itu masukkan ayam bersama kentang. Masukkan pula air asam jawa. Biar masak seketika.
4. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan pula, garam, gula, gula melaka secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat kuahnya.
6. Siap… dan hidangkan!!
*Rempah kari tu biarkan masak lama hingga garing dan pecah minyaknya. Kemudiannya barulah dimasukkan ayam juga santan. Kalau ada daun kari boleh masukkan sama.
c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes?
Rempah gulai |
Minyak masak |
Santan |
Kunyit campuran boleh ganti kunyit hidup |
No comments:
Post a Comment