Pengalaman terindah di Bulan Puasa yang saya pernah lalui ialah dapat berbuka bersama kawan-kawan sekolah menengah serta guru kelas. Memang best sangat sebab guru kelas pun join kami berbuka walaupun cikgu tersebut dah berkahwin. Kami hargai sangat kerana cikgu sanggup korbankan masa dengan family untuk berbuka dengan kami.
Ada lagi satu kenangan terindah iaitu bermain mercun dengan adik sepupu. Biasa la lelaki ni nakal kan, boleh dia lempar mercun betul-betul atas kepala Wawa. Memang terkejut sangat masa tu. Tapi dia minta maaf la. Tiada lagi senyum tawa dia sebab dia telah pergi menghadap Illahi akibat lemas di air terjun. Sedekahkan Al-Fatihah untuk dia.
1 comment:
Hi Dear, TQ join GA Raya by Mrs Pip.
seronok bila dapat berbuka dgn kawan2, wah cikgu pun join sama.
bab main mercun, mmg sgt menjadi kenangan kan ...
al-fatihah untuk kazen awak.
cheers.
Post a Comment