Virus di FB ! Hati-hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi satu cerita. Wawa sebenarnya jarang buka facebook sebab line slow, biasanya Wawa buka messenger je. Hari ni apabila Wawa buka notifications dekat fb tu, Ya Allah terkejutnya bila ada orang like post Wawa dalam group. Wawa terkejut sebab post tu bukan Wawa yang buat sebab jarang buka fb. Post tu semua dalam masa 12 jam yang lepas sedangkan Wawa tak dapat buka fb semalam sebab line trlalu slow. Post tu ad dalam hampir semua group yang Wawa join. Dah la group tu semua group blogger, batch dan universiti. 

Jadi tak kan kita nak biarkan je benda tu terjadi. Wawa ambil inisiatif untuk delete semua virus tu dalam semua group. Wawa guna search dekat setiap group dengan guna kata kunci post tu untuk memudahkan lagi proses mencari dan delete post mengarut tu.


Gambar kat atas ni la virus tu. Wawa ingatkan Wawa sorang je yang kena tapi masa tengah delete post Wawa tu ternampak jugak ada yang post mcm Wawa tu. Alhamdulillah sekarang Wawa dah selesai delete semua virus tu. Semoga orang yang ternampak post tu sebelum ni tak salah sangka dengan Wawa. Aminnnn...

No comments: