31 Days Challenge - Day 12




Okey hari ni cerita pasal pengalaman seram. Pengalam seram banyak masa Wawa sekolah asrama penuh dan matrik dulu la. Masa berlakunya histeria.

Dekat sekolah asrama penuh dulu Wawa pernah tengok orang histeria. Masa tu dekat dewan makan dan Wawa duduk jarak 1 meja je dengan dia. Mula-mula dah pelik bila dengar dia membebel sorang-sorang lepas dengar orang lain sepak tin kat luar. Lama tu dia makin menjadi dan orang dalam dewan makan tu semua keluar. Lagi seram bila kita nak kuar tu, dia tegur " Ni semua nak gi mana ? Kuar la tinggal aku sorang-sorang sini ". Hehe meremang.

Cerita histeria dekat matrik dulu pun seram. Malam jumaat tu ustaz buat solat hajat dan bacaan Yasin. Lepas ustaz azan yang terakhir masa lempar garam dalam air Yasin tu, ada Wawa tengok sorang perempuan saf depan meraung. Depan mata benda tu. Perempuan tu siap berlawan dengan ustaz cakap " Kenapa kau kacau aku ? ". Lepas tu ada yang berjangkit, perempuan tu gelak. Kami semua pergi dewan. Sampai dewan tu masa nak baca Yasin, makin ramai berjangkit lepas sorang tu start gelak masa kami baca Yasin. Bayangkan hampir semua dalam dewan tu berjangkit. Peristiwa tu la yang paling seram sebab orang sekeliling histeria. Sampai 5 pagi benda tu tak habis lagi berubat.


#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger 

2 comments:

anakdenesor said...

seram bila teringat seram balik

Junzie said...

mak seram ny !!!! bnda ni yg pentin g kena kuat smgt je, 'dia' tau mana yg xkuat tu, tu yg suka kacau tu huhuh