GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!






Ni salah satu novel yang Wawa baca. Novel ni memang buat air mata keluar sebab Love Yasmin merupakan kisah benar kehidupan Yasmin sebelum meninggal dalam kemalangan. Dulu memang tak kenal jugak Yasmin ni siapa, tapi lepas tu beli novel ni dengan penulis iaitu Syimir Yunusi. Novel diterbitkan dengan kebenaran keluarga Yasmin. Banyak cerita mengenai Yasmin dalam buku novel ni. Bab 1-17 cerita kehidupan Yasmin...segala dialog dia bersama keluarga dan orang gajinya. Wawa pun tak tahu nak cerita macam mana sebab cerita dia memang sedih sangat. Bab last masa Yasmin kemalangan dengan kawan dia. Paling terkesan lepas bab 17 tu, penulis ad letakkan kejadian aneh setelah pemergian Yasmin. 

Antara kejadian aneh :

1. Panggilan misteri
Kakak kepada kawan arwah dapat panggilan telefon dalam masa 40 hari arwah meninggal. Satu lagi kawan arwah tapi tak pernah jumpa. Paling heran apabila dia tak ada save no arwah dan ringtone masa no Yasmin call tu bukan ringtone asal dia, ringtone tu lagu zikir nasuha.

2. Mimpi Yasmin
Kawan arwah mimpi arwah dalam masa 40 hari kematiannya.


Ada jugak nukilan daripada kawan baik arwah. Selain tu ada gambar kenangan arwah sebelum meninggal.

Sekarang ni penulis, Syimir Yunusi dalam proses nak buat LY2. Wawa dah pre-order dah. Nanti dah siap baru Syimir update.


 







1 comment:

kimmie said...

terima kasih join. Oh novel berdasarkan kisah benar, menarik juga ni. Terima kasih kongsikan buku ini