Proses Mencari Tempat Latihan Industri

Hasil carian imej untuk internshep

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

Hari ni Najwa ada taklimat untuk latihan industri di pusat pengajian. Najwa sekarang tahun 3 sem 5 di Universiti Sains Malaysia dalam kos Bachelor of Science (Mathematics). Senang cerita pure math la orang biasa sebut. Sem depan Najwa akan jalani latihan industri masa cuti panjang. Pusat pengajian tak wajibkan ambik buat latihan industri tetapi digalakkan untuk tambah pengetahuan dan pengalaman. Jadinya tak kesah pun kami nak praktikal dalam bidang apa-apa. 

Korang mesti pernah praktikal kan ? Jom kongsi dulu praktikal di mana dan macam mana cara mohonnya. Sekarang Najwa dah ad beberapa syarikat yang boleh mohon, cuma nak tambah lagi. Syarikat yang dah ada tu semua yang berdekatan dengan kawasan rumah sebab lebih prefer kawasan Dungun, Paka dan Kerteh. Kenapa ? Alasannya untuk jimat kos memandangkan masih berbaki 2 sem sebelum habis degree. 

Jumpa lagi dalam entry akan datang. Bye.

2 comments:

Beba Ifa said...

wah..
pilih company yang memang kita rasa nak kerja situ after study..sebab susah sekarang nak cari kerja..sekadar berkongsi..apa pun,all the best cari tempat internship!

btw, best song background blog sis!

http://kylifa.blogspot.my/

Sii Nurul said...

Next sem baru ada taklimat haha .. Final exam pun belum habis lagi.. apapun good luck!