Soalan Penting Bagi Semua Ibu Bapa: Sudahkan Anda Bersedia Untuk Anak Anda Tamat Sekolah?


6c96


Najwa percaya isu ini memang sering bermain diminda ibu bapa mahupun penjaga. Bertambah risau apabila anak yang bakal tamat sekolah itu merupakan anak pertama dalam keluarga. Tamat sekolah ini bermaksud sudah habis zaman persekolahan seseorang pelajar seperti sehingga SPM atau STPM. Maksud ini ialah dari sudut pandangan Najwa sahaja. Makna yang lebih tepat boleh dirujuk kepada pihak yang lebih arif. 

Anak-anak sendiri memang sudah berfikir ke manakah agaknya halatuju seterusnya selepas mendapat keputusan SPM/STPM. Halatuju ini mungkin akan berpecah kepada beberapa cabang seperti ingin sambung belajar, mencari pekerjaan, membina mahligai percintaan dan lain-lain. Kenapa halatuju setiap orang berbeza ? Jawapannya kerana setiap individu itu mempunyai minat yang berlainan. Jika anak-anak tidak mahu menyambung pelajaran tetapi ingin mencari pekerjaan, mungkin dari sudut positifnya anak itu ingin mencari wang saku sendiri sebelum melanjutkan pelajaran ke menara gading. Usaha ini pasti akan dapat mengurangkan beban keluarga.

Kadangkala ada juga pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya tetapi mengalami masalah kewangan. Pelajar ini biasanya datang dari keluarga yang berlatarbelakangkan miskin atau sederhana yang kebarangkaliaannya mempunyai tanggunggan yang terlalu ramai. Jadi wang yang ada hanya cukup untuk makan dan keperluan asas. Mungkin diluar sana ramai permata/berlian berkilauan yang perlu digilap masih termenung memikirkan nasib diri. Terdapat juga keluarga yang menghalang anak mereka menyambung pelajaran kerana masalah kewangan ini.

Sebenarnya banyak jalan penyelesaiaan yang boleh digunakan. Individu ini perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya demi mencapai azam dan matlamat. Oleh itu, Najwa cadangkan ibu bapa mahupun pelajar yang bakal menamatkan sekolah baca perkongsian ini untuk lebih lanjut. Hanya tekan perkataan perkongsian dan anda akan dibawa ke satu artikel yang sangat menarik. 

Selamat membaca dan menimba ilmu. 


1 comment:

ray said...

i dont know how my parents feel when i've finished school.