#Cabaran20Hari : Apa erti puasa bagi anda

Assalamualaikum

Sejak kecil-kecil dulu lagi kita dah belajar kat sekolah maksud puasa. Dari sudut bahasa bermaksud " menahan diri". Sudut istilah pula bermakna " menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari". Jangan lupa plak niat ye. 

Bulan Ramadhan ni ramai yang bercita-cita nak kuruskan badan dan tak kurang juga yang nak gandakan amalan yang baik di bulan yang mulia ini. Selain itu, kita semua kena ingat juga, kuruskan juga nafsu, dosa dan segala kerabatnya. Bulan ini la kita nak didik diri kita ke arah kebaikan. Dulu kalau bukan bulan Ramadhan kita salahkan syaitan goda untuk buat maksiat/kejahatan. Sekarang kalau kita masih buat semua tu bermakna selama ni kita la syaitan dalam diri sendiri. Marilah kita semua muhasabah. Berdoa agar ditetapkan iman kerana iman ni boleh turun dan naik.

Para perokok tegar boleh ambil kesempatan pada bulan ini untuk berlatih berhenti merokok. Jangan bazirkan duit untuk benda yang tidak berfaedah itu. Para ibu bapa juga ada yang melatih anak-anak mereka berpuasa setidak-tidaknya separuh hari pada permulaan. Semoga Ramadhan kali ini bermakna untuk kita semua. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang.

#cabaran20hari

No comments: