Assalamualaikum
Setiap kali puasa kita semua pasti akan bersahur. Banyak juga pengalaman sahur Wawa sepanjang 19 tahun hidup di muka bumi ini.
Pengalaman sahur di asrama penuh
Wawa pernah duduk asrama penuh selama 3 tahun. Sahur kat asrama ni kira okey sebab mak cik dewan makan dah siap masak. Kami perlu turun sahaja. Masa ni la bebas sikit berpakaian. Kami sekolah agama jadi dewan makan tidak bercampur dengan lelaki. Pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang muka mengantuk la. Biasa la kena beratur panjang kalau bangun lambat. Wawa biasa turun 1 bilik. Kami bangun awal sebab tak nak berebut. Sepanjang bersahur tu wajib mak cik dewan makan masak lauk ayam. Memang best la. Air plak air susu tepung untuk bagi tenaga. Bilik Wawa la yang biasa tekan loceng dewan makan untuk kejutkan budak-budak aspuri.
Pengalaman sahur di rumah
Sahur kat rumah memang best la. Mana tak best kan kalau makan masakan emak tersayang. Setakat ini keluarga Wawa tak pernah lagi tak sahur ataupun tak terkejut semua tu. Alhamdulillah la. Peristiwa yang paling Wawa tak boleh lupa bila ada 1 tahun tu Wawa tergigit lada dalam telur dadar. Wawa memang jenis tak boleh makan pedas. Sampai menangis plak tu. Mak bagi la Wawa makan kurma untuk hilangkan pedas tu. Mula-mula Wawa ingatkan sayur, rupa-rupanya lada hijau. Malu pun ada juga bila abang ipar tengok pelik sebab Wawa nangis semata-mata gigit lada. Dia masa tu kali pertama bersahur sebab baru kawin dengan kakak.
Pengalaman sahur di matrikulasi
Wawa pelajar matrik untuk batch 14/15. Sahur kat matrik macam tak teratur masa tu. Masa batch Wawa cafe tak buka masa sahur tapi batch sekarang dah buka. Kami kalau nak sahur kena beli makanan pukul 12 malam macam tu tapi Wawa dengan roommates tak pernah beli pun. Masa ni perut tiba-tiba boleh sesuaikan dengan situasi. Wawa sahur dengan biskut atau roti dan air kosong je masa sahur. Alhamdulillah boleh bertahan untuk gerak ke sana ke mari untuk pergi kelas,
Tahun ini Wawa bersahur dekat rumah lagi. Tahun depan dah sambung degree dan akan dapat pengalaman bersahur di universiti.
#cabaran20hari
1 comment:
masing2 punye pengalaman yg berbeza kan . gud kluck untuk cabaran 20 hari :)
Post a Comment