Assalamualaikum & salam sejahtera
Malam ni Wawa nak buat entry pasal stress. Ya semua org pernah rasa stress kan ? Punca-punca stress ni ad banyak. Bagi student kebanyakannya stress dengan assignment, quiz dan yang seangkatan dengannya. Para ibu bapa pula kemungkinan stress dengan kos sara hidup. Tidak lupa juga anak-anak yang minta itu minta ini. Kita semua pasti pernah dengar mahupun baca bahawa mencegah itu lebih baik daripada merawat. Begitu juga dengan stress ini. Kita boleh cegah dengan banyak cara. Jangan jadi macam gambar kat bawah ni ye.
Cara yang Wawa guna untuk release stress biasanya Wawa akan stop buat sesuatu kerja tu. Jalan-jalan dalam bilik, borak dengan roommate, dengar lagu, main game, jalan-jalan dekat koridor dan banyak lagi ( masa dekat matrik ). Tak lupa juga dengan call paremts. Borak la dengan diorang. Mesti korang cakap tak tahu nak borak apa kan? Tanyalah tengah buat apa ? Dah makan belum ? Cukup lah borak sekejap. Nak borak lama pun bagus. Kerapkan call parents tau. Jangan lupa juga ambil wuduk dan solat untuk tenangkan diri. Allah itu Maha Mengetahui. Berdoalah kepada Yang Maha Esa. Allah selalu mendengar. Mengadulah pada Dia. Wawa nak share doa ye
2 comments:
Stress dan manusia tiada pisah. Nak hilangkan stress mustahil , kurangkan yes boleh. Btw suka bw sini. ada music. hehehe . fefeeling puasa gitu. rindunya nak tgok crita tu lagi.
Betul tu dik.... lagi banyak stress yang kita hadapi, tubuh kita akan nampak lebih tua daripada umur sebenar
Kalau boleh elak stress kena elaklah...
Kalau tak dapat elak, kena jaga kesihatan dan pemakanan, Insya Allah...
Post a Comment