Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ni Wawa nak kongsi cara Wawa belajar kat matrik selama 1 tahun tapi sebenarnya hanya 10 bulan tolak cuti semua2 tu. Memang sebelum masuk matrik, ada la saudara2 terdekat yang cakap matrik ni susah, nanti dapat kos lelong & lain2 la. Semuanya pandangan negatif diorang pada matrik. Wawa dulu masuk matrik sebab nak tunggu result ipg. Dapat UITM dalam kos sains matematik tapi Wawa tolak. Masa tu hati memang fully nak pergi matrik. Bila result ipg keluar, Wawa tak dapat. Wawa sebenarnya bersyukur sebab tak dapat. Mesti korang pelik kan..... Hati Wawa dah mula bertaut kat matrik tu haaa... Bagi korang yang dapat matrik @ mana2 tempat belajar, korang masuk la dulu belajar kat situ. Jangan dengar sangat cakap2 orang. Kadang2 Wawa rasa pandangan diorang pada matrik tak betul pun. Tak ada la stress sampai gila. Wawa bersyukur sebab boleh go on dengan matric life.
Berbuka puasa dgn classmates KMPh |
Sekarang kita tumpukan pda cara Wawa belajar kat matrik. Setiap orang cara belajarnya lain. Wawa jenis suka belajar dalam suasana yang senyap sebab otak Wawa tak boleh nak cerna kalau bising2. Roommates Wawa yang 3 orang lagi tu suka belajar sambil dengar music. Perkongsian ini melalui pengalaman Wawa la... Kalau ada yang match dengan korang boleh la kalau nak ikut.Wawa akui mula2 masuk matrik memang serabut dengan assingment, quiz, tutorial & test. Penat, stress semua ada la. Mcm yang korang rasa la. Tapi bila dah lama kat matrik, Wawa dah boleh sesuaikan diri dengan semua tu. Kalau time study week tu Wawa rasa bosan sangat.
Pagi2 Wawa akan breakfast dulu sekejap. Kalau rasa nak makan kat cafe, Wawa akan turun pukul 7.30 pagi. Habis je makan terus pergi kelas @ kuliah. Memang jenis Wawa suka pergi awal. Wawa la orang yang pertama sampai dalam kuliah mahupun tutorial. Pukul 1-2 tu rehat kan. Wawa makan & naik bilik untuk Solat Zohor. Rehat2 sekejap sambil borak dengan roommate kesayangan. 1.45 petang Wawa dah bergegas pergi kelas seterusnya. Pukul 5 ptg habis je kelas Wawa terus pergi cafe untuk bungkus makan malam. Naik bilik terus letak beg semua2 tu. Duduk sekejap then mandi. Solat Asar & seterusnya borak dengan roommate. Wawa kadang2 je kuar petang2. Biasa Wawa pergi padang tengok kawan2 main. Malam plak Wawa akan siapkan tutorial & assignment. Siapkan mana yang nak kena submit dulu. Nasihat Wawa, kalau boleh jangan meniru kawan punya. Percayalah, korang akan rasa lost gila sebab tak tahu apa2.
Masa mentor mentee |
Dalam kuliah Wawa biasanya akan duduk baris ke 5@6 bahagian tepi. Tempat tu senang nak keluar masuk..hehehe... jangan duduk belakang sangat masa kuliah tau. Nanti korang tak dengar apa yang lecturer cakap kat depan sebab borak dengan geng. Masa kuliah ni la kita kena focus. Lecturer tu akan explain dari A-Z. Jangan anggap " tak pe lah, tutorial kan ada". Majoriti cakap mcm tu. Hakikatnya kalau kita tak tahu apa2 masa tutorial, lecturer akan cakap " apa yang korang belajar dalam kuliah ?". Nampak tak kat situ betapa pentingnya kuliah. Mengantuk tu biasa la. Usaha la sikit untuk hilangkan mengantuk tu. Suruh kawan picitkan @ makan gula2 @ minum air. Kita mengantuk sebab otak kurang oksigen. Jadi bawak la air kemana-mana sahaja kita pergi. Kurangkan minuman manis & bergas.
Tasik KMPh |
Wawa rasa setakat ni je dulu yang Wawa boleh share dengan korang. Kalau ada apa2 nak tanya boleh la pm Wawa dekat facebook. Boleh cari facebook Wawa dekat dalam blog ni. Sebelah kanan. Selamat berpuasa semua. Tata... :)
1 comment:
Assalamualaikum. Singgah & follow sini. I was a matriculation student too :D
Post a Comment