Assalamualaikum
Memang menjadi adat, kami akan bersalaman pada pagi raya tu sebelum solat raya. Biasa yang tinggal kat rumah pagi tu cuma Wawa dengan adik je. Mak dan ayah pergi solat raya. Wawa kena jaga rumah. Lepas mak dan ayah dah balik raya, kami bersarapan pagi. Lepas tu, kami pergi beraya rumah mak saudara dan nenek yang hanya terletak di sebelah rumah. Pagi raya ni la nak borak panjang-panjang dan berjumpa sepupu Wawa yang bekerja. Hari biasa agak susah nak jumpa diorang. Kemudian kami balik rumah sebab memang akan ada budak-budak datang beraya. Kadang-kadang Wawa tak sempat nak bersiap diorang dah terpacak depan rumah dengan "Assalamualaikum".
Setiap tahun kerja Wawa la layan orang-orang yang datang beraya, buat air semua tu. Kami guna air tunjuk-tunjuk je sebab malas nak buat. hehehe... setakat budak-budak tu bukan minum sangat pun. Dah faham sangat diorang datang sebab nak duit raya je. Dalam pukul 9 pagi macam tu abang dan kakak Wawa akan datang beraya kat rumah plak. Hari raya pertama ni la kami akan jalan-jalan ke rumah mak saudara yang jauh sikit. Itu je la aktiviti Wawa di pagi raya.
#cabaran20hari
No comments:
Post a Comment