#Cabaran20Hari : Memori Raya 90an atau zaman kanak-kanak

Assalamualaikum

Malam raya la memori yang tak boleh nak lupa tau. Bukan apa, dulu kan semua adik-beradik kecik2 jadi boleh la main sama-sama. Sekarang ni Wawa pun dah 19 tahun dan abang serta kakak dah kawin jadi tak boleh la nak rasa main luar rumah malam raya. Biasanya dulu Wawa dan sepupu akan keluar rumah lepas maghrib. Abang Wawa dulu suka kumpul tempurung kelapa dan bakar. Kalau korang google damar tempurung, jumpa la gambar macam kat bawah ni. Wawa sebenarnya tak tahu apa nama sebenar sebab tahu main je, Hehehe

Damar tempurung

Tak lupa juga dengan main bunga api. Fuhh memang best la riuh rendah kawasan rumah tu. Rumah Wawa pun biasa pasang pelita sebab senang kitaorang nak main bunga api. Huhuhu... Sekarang ni memang tak berpeluang nak main cuma boleh tengok anak buah main la. Jaga diorang supaya keselamatan tu terjaga la. Maklumlah anak buah yang paling besar baru darjah 3.

Bunga api
Pelita
Tak lupa juga kumpul duit raya. Masa kanak-kanak la peluang nak kumpul duit raya. Kami jalan-jalan rumah jiran. Tuan rumah akan suruh makan kuih raya tapi kami minum je sebab niat utama nak duit raya. Hahaha lawak betul. Bila tak dapat duit raya kami akan keluar rumah tu dengan muka masam dan cakap tuan rumah kedekut. Biasa la masa kanak-kanak mana la tahu apa. Wawa biasa lawan dengan adik tengok duit siapa lagi banyak. Sekarang ni bila ingat balik tak mungkin akan dapat kumpul duit sebanyak zaman kanak-kanak sebab dah besar.

Duit raya

#cabaran20hari


2 comments:

Cikna said...

Baru tau ade permainan damar tempurung... Zaman bdk2 la plng bnyk kenangan manis rasa cam nk jd budak2 je tp xblh.....;-)

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN said...

Salam wawa.. kak tahu blog wawa ni dr blog kak mialiana.
suka entry sebab akak pun bdk bdk 90 an.

seriously, sekrg memang xdapat la suasana dulu. :)