#Cabaran20Hari : Kenangan terawih di surau/masjid masa zaman kanak-kanak

Assalamualaikum



Dulu masa kecik-kecik biasa jgk ikut mak gi surau. Surau tu tak jauh pun dri rumah jadi kami jalan kaki je. Mak akan duduk kat bhgian dlm surau tu tapi Wawa ngn adik dan budak-budak lain solat kat belakang sekali kat luar surau. Memang degil jgk la sebab bila semua budak kat situ jdi bising la surau. Mak cik dan pak cik yg kat dlm tu dh bising dah sebab ganggu diorang nak solat. Banyak kali kena sound. Yang kelakar bila baru je nak start terawih tu, ada la bdk laki pasang mercun tepi tempat perempuan solat. Dia tak tahu kot tepi tu ada mak cik. Bukan main melatah mak cik tu sebab terkejut. Wawa yg baru nak angkat takbir ni pun terkejut. Mak cik tu apa lagi, angkat langsir tu tengking budak tu. Lepas tu masing-masing jadi mcm cengkerik. Hahaha memang senyum sendiri bila throwback zaman kanak-kanak dulu. Kami pergi surau bukan nak solat sangat, nak main je banyak dalam otak tu. Orang lain solat terawih 8 rakaat 3 witir, kami solat 4 rakaat lepas tu main. Masa ni la dpt kawan baru :). 

#cabaran20hari

1 comment:

Jejari Menaip said...

teringat zaman kecik2.... klau teringt rasa mcm nakal pula.....