Assalamualaikum
Banyak pengalaman manis di bulan puasa. Wawa ad pengalaman berpuasa di rumah, asrama penuh dan matrik. Tahun depan merasa pengalaman puasa di universiti, In shaa Allah panjang umur. Tahun ni puasa kat rumah tiba-tiba je teringat masa puasa dekat matrik. Rindu kawan-kawan dan rasa nak putar je masa walaupun hakikatnya masa tak boleh diputar. hehehe. Wawa separate pengalaman manis ikut situasi ye.
Pengalaman dekat rumah
Paling best bila satu family berkumpul. Memang ramai. Nak tahu tak berapa orang ? Jom kira.
Parent - 2
Adk-beradik yg belum kawin - 2
Keluarga Abg Long - 5
Keluarga Kak Ngah - 4
Keluarga Abg Chik - 3
Okey setakat ni 16 orang, mungkin tahun depan akan bertambah lagi. Hahaha.. Masa ni mmg meriah rumah dengan suara-suara anaj buah yang tidak kira umurnya. Memang enjoy la, tak la sunyi rumah ni ha. Tapi tahun ni tak dapat kumpul 16 orang sebab keluarga Kak Ngah tak dpt balik. Rumah dia jauh sikit dengan dia tolong mak mertua menjual.
Pengalaman dekat asrama penuh
Kami akan berbuka puasa ikut dorm masing. Masa ni la nak eratkan hubungan antara ahli bilik, maklumlah 1 bilik ada 20 org. Dalam bilik tu ad macam2 umur so kami mmmg bercmpur. Senior2 bilik Wawa semua baik dan mesra. Dalam pukul 6 ptg kami dh beratur untuk ambik makanan. Air plak ambik dalam botol tapi hampa bila dpt sikit je. Mmg berebut sebab semua nak ais. Meja dalam dewan makan tu dh siap label untuk dorm masing-masing. Lps berbuka kami akan terus ke musolla untuk solat. Kami beruntung sebab dewan makan dan musolla tak bercampur dgn ikhwan.
Pengalaman dekat matrik
Di matrik kami bebas berbuka kat mana-mana pun asalkan dalam kawasan matrik. Biasanya dekat padang tu memang full. Wawa dgn roommates berbuka dekat bilik je. Kami berbuka 3 org tapi kadang-kadang roommate yg cina tu join sekali. Masa ni mmg pengalaman manis sebab pergi bazar sama-sama dan berbuka sama-sama. Masa ni Wawa rapat dgn diorang tapi lps je puasa Wawa tak rapat dgn salah seorang tu, Tak tahu la kenapa. Wawa diamkan je. Wawa juga berbuka dengan classmates. Kami yg perempuan bkn main pergi bazar awal sbab lepas tu nak pergi cop bilik tuto. Yg lelaki plak pergi bazar lambat dan tak ada makanan. Mereka terpaksa beli dkt cafe. Tak sangka plak blh berbuka sama-sama mcm tu. Rindu sangat dan rasa nak putar masa tu hakikatnya masa tak blh nak putar.
No comments:
Post a Comment